Asrama berbilang kaum 1Malaysia

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

 

PUTRAJAYA 28 Sept. – Kerajaan akan mewujudkan asrama berbilang kaum berkonsepkan 1Malaysia tahun depan ke arah memperhebatkan perpaduan nasional di peringkat usia muda.

Mengumumkan demikian hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asrama yang pertama seumpamanya di negara ini akan menempatkan pelajar Tahun 4 ke atas dan peringkat menengah yang tinggal di persekitaran berisiko dan tidak sihat.

Menolak konsepnya serupa Sekolah Wawasan atau sekolah berasrama penuh, beliau menjelaskan, asrama itu akan dijadikan uji kaji bagaimana pelajar berketurunan Melayu, Cina dan India mampu hidup bersama dan serasi ke arah pembentukan Malaysia yang bersatu padu dan stabil.

”Ia (asrama) untuk golongan yang menghadapi situasi tertekan di persekitaran rumah masing-masing atau menghadapi masalah sosial dan sebagainya.

”Mereka akan tinggal di asrama berasaskan semangat 1Malaysia dan mengikuti pelajaran di sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kedudukan Masyarakat India di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Perdana Menteri berkata, asrama 1Malaysia berkenaan akan diwujudkan di bangunan sedia ada yang tapaknya sedang dikenal pasti.

”Kita belum fikirkan lagi nama asrama ini tetapi maknanya nanti kita akan mencampurkan orang Melayu, Cina dan India dalam satu tempat seperti mana yang telah kita lakukan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terbukti berjaya diuruskan dengan baik.

”Premis asrama ini menggunakan bangunan yang akan diubah suai,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: