SALAM AIDILADHA

Warga SKKH mengucapkan SALAM AIDILADHA kepada ibubapa dan pelajar sekolah dan seluruh umat Islam di Malaysia.

Serta selamat menjalani rukun islam ke-5 kepada seluruh jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji.Semoga mereka mendapat Haji Mabrur , Amin ya Rabbal A’lamin

UPSR…SK KURONG HITAM CEMERLANG

Pelajar mula mengambil keputusan peperiksaan UPSR

Pelajar mula mengambil keputusan peperiksaan UPSR

13 orang pelajar mendapat 5A. Tahniah

13 orang pelajar mendapat 5A. Tahniah

9 orang pelajar mendapat 4A 1B. Tahniah

9 orang pelajar mendapat 4A 1B. Tahniah

Bersama-sama Guru Besar SK Kurong Hitam serta guru-guru.

Bersama-sama Guru Besar SK Kurong Hitam serta guru-guru.

Bersama-sama Guru Besar SK Kurong Hitam serta guru-guru.

Bersama-sama Guru Besar SK Kurong Hitam serta guru-guru.

UPSR..Tahniah kepada semua.

Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam telah mencatatkan keputusan yang cemerlang di dalam keputusan UPSR dengan 13 orang calon mendapat 5A dann 9 orang mendapat 4A 1B di dalam subjek masing-masing.

Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam memperolehi peratus kelulusan81 % ,meletakkannya sebagai sekolah ke-3 terbaik bagi Daerah Padang Terap dan ke-7 terbaik bagi seluruh negeri Kedah. 

Tahniah kepada semua pelajar,guru-guru serta ibu-bapa….

SK Kurong Hitam Cemerlang 2010!!!!

Album Hari Anugerah Cemerlang / Graduasi Pra Sekolah

Anugerah Tokoh Murid ( Lelaki )Anugerah Ko-Kurikulum ( Perempuan )Anugerah Tokoh Murid ( Perempuan )

Hari Anugerah Cemerlang / Graduasi Pra Sekolah

Pada 11 November 2009 (Rabu) bersamaan 23 Zulkaedah 1430 bertempat di Dewan Utama SK Kurong Hitam telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Cemerlang / Graduasi Pra Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Mat Jelani bin Endut ( YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru  SK Kurong Hitam ) .

Hari Anugerah Cemerlang / Graduasi Pra Sekolah ini adalah untuk menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan ko-kurikulum berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun serta penilaian oleh guru-guru.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah.

Kurikulum sistem pendidikan Islam diselaras

PUTRAJAYA 15 Sept. – Kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyelaraskan kurikulum dan sukatan pelajaran pendidikan Islam di bawah program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) serta Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (Lepai).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bagi memastikan tidak berlaku pertindihan di antara program j-QAF yang dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan dengan KAFA di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

”Memang kita dapati ada keperluan selaraskan kerana matlamatnya adalah sama iaitu memberikan peluang kepada anak-anak kita mendapat ilmu dalam pengajian Islam

”Ini telah disediakan dalam sistem pendidikan kebangsaan kita, di mana kita telah lama mengadakan program mata pelajaran Islam, yang terbaru sejak 2003 apabila kita perkenalkan j-QAf dari darjah satu ke darjah enam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat hala tuju pendidikan Islam bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom di pejabatnya di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan turut memutuskan agar jawatankuasa khas itu meneliti bagaimana program j-QAF dapat dimantap dan diperluaskan ke peringkat sekolah menengah iaitu sehingga tingkatan lima.

”Kalau perlu diperkukuhkan selari dengan perkembangan dan tuntutan semasa dan kehendak masyarakat, ini akan kita laksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, buat peringkat permulaan, usaha penyelarasan itu tidak melibatkan sistem pendidikan Islam di peringkat negeri-negeri dan sekolah agama persendirian.

”Jawatankuasa itu diberi tanggungjawab meneliti soal tenaga pengajar dan kelayakan guru selain persijilan dan akreditasi serta situasi infrastruktur,” katanya.

Kata beliau, langkah itu bertujuan memastikan sistem pendidikan Islam di negara ini adalah lengkap dan sempurna.

“Kita mahu anak-anak yang belajar di sekolah kebangsaan diberikan pendidikan agama yang lengkap.

”Sebelum ini timbul pandangan bahawa pelajaran agama di sekolah kebangsaan tidak memadai, kalau itu pandangannya kita boleh menambah baik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan bercadang mewujudkan dasar pembelajaran Islam sepanjang hayat yang boleh dilaksanakan melalui Jakim.

”Ini memberikan peluang kepada masyarakat Islam yang tidak berkesempatan mengikuti pendidikan Islam secara formal atau menambah ilmu untuk menguasai ilmu Islam secara mendalam.

”Kita akan teliti supaya umat Islam sentiasa dapat menimba ilmu bukan setakat nak mati, nak hidup pun kena ada asas agama seperti dalam soal menguruskan perniagaan dan muamalat,” katanya.

Beri pendidikan berkualiti – TPM

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

 

PORT DICKSON 28 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan golongan pendidik dan perancang agar menyediakan pengisian pendidikan yang berkualiti tinggi supaya generasi masa depan dapat mengikuti sistem pendidikan yang terbaik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, memang menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melihat generasi masa depan menguasai pembelajaran secara efisien dan berkualiti termasuk dengan menyediakan kemudahan fizikal yang baik.

”Di sebalik perancangan kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif, kita seharusnya tidak boleh melupakan tenaga manusia terlatih terutama dalam menyediakan modal insan yang diperlukan negara,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Menurut Muhyiddin, kerajaan tidak akan mengabaikan sistem pendidikan negara kerana menyedari ia adalah perkara penting dalam pembangunan negara.

”Pendidikan adalah aspek yang kita (BN) berikan perhatian sejak dahulu lagi. Saya sebut ini kerana ia merupakan dasar kerajaan BN yang dibuat secara berterusan.

”Kita berikan perhatian yang paling utama dalam soal pendidikan bahkan memastikan akses pada pendidikan juga hendaklah berkualiti,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan mahu melihat pada masa hadapan anak- anak dididik dengan pemikiran berdaya tinggi, mampu menguasai sains dan teknologi serta hebat dalam bidang inovasi.

”Kita tidak boleh bergantung kepada tenaga asing dan kepakaran luar negara. Kita mahu melahirkan kelompok yang mahir di kalangan rakyat Malaysia dan ada kepakaran sendiri yang sekali gus mempercepatkan proses pembangunan negara,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar kerajaan cukup jelas dalam mengutamakan pendidikan di negara ini dan ia sepatutnya tidak dipersoalkan oleh sesiapa pun.

”Kita tidak mahu ada anak-anak kita yang terkecuali dalam soal pendidikan. Kita mahu mereka diberikan peluang belajar yang secukupnya supaya mereka boleh menimba ilmu dan mentadbir negara pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta lagi bagi membangunkan sekolah menengah berdekatan sekolah rendah tersebut.

Katanya, kos pembinaan Sekolah Kebangsaan Intan Perdana yang menyediakan 18 bilik darjah dan dua kelas pra sekolah juga ditambah RM500,000 lagi berbanding kos asal RM18 juta kerana ia menggunakan sistem binaan industri (IBS).

”Sekolah lama di sekitar kawasan ini sudah terlalu sesak dan ketika ini ia hanya mampu menampung lebih 1,700 pelajar. Jadi kita bersetuju untuk membangunkan sekolah yang baru di Taman Intan Perdana ini.

”Kita mahu memastikan pembinaan sekolah itu nanti dibuat secepat mungkin dan akan menggunakan kaedah pembinaan IBS. Saya mahu melihat sekolah rendah ini dapat dibina bermula awal 2010 dan dapat disiapkan sebelum penghujung 2011,” tegasnya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM3.8 juta bagi membaiki dan menaik taraf 21 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kepada Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad.