Album Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah

Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah

Pada 1 Julai 2009 hingga 26 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam telah meganjurkan Program Julai Bulan Pusat Sumber. Pelbagai acara dijalankan sepanjang program itu berlangsung. Format pertandingan adalah berdasarkan RUMAH SUKAN yang diwakili oleh setiap pelajar iaitu rumah MERAH, BIRU, KUNING dan HIJAU .Oleh itu, setiap rumah sukan perlu menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan.
Matlamat utama Program Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah ialah :
  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif, dan berdisiplin.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

Objektif Program Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah ialah :

  • Mencungkil bakat terpendam murid menerusi aktiviti yang dijalankan.
  • Memberi peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan mengembangkan minda.
  • Membudayakan murid dengan bahan bacaan di PSS dan amalan suka membaca.
Pada minggu pertama, acara yang dijalankan ialah Pertandingan Azan, Teka Silangkata tahap 1 &2 dan Pertandingan POEM tahap 1 &2 .

 

Pada minggu ke-2, pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna bagi pelajar PRA SEKOLAH, Pertandingan Mewarna tahap 1 dan Melukis Kulit Buku tahap 2 serta Pertandingan Penghasilan Bahan dari Komputer.

 

Pada minggu ke-3 pula, diadakan Pertandingan Bacaan Jawi tahap 2 , Pertandingan Tulisan Jawi tahap 1 dan Pertandingan Story Telling tahap 1 & 2.
Pada minggu ke-4, diadakan Pertandingan Jejak Maklumat tahap 1, Pertandingan Esei tahap 2, Pertandingan Deklamasi Sajak tahap 1 dan Pertandingan Bercerita Bahasa Arab / Pendidikan Islam tahap 1 & 2.

Minggu ke-5 merupakan minggu terakhir Program Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah, Pertandingan Jejak Maklumat tahap 2, Pertandingan Spell it Right! tahap 2 dan Kuiz terbuka untuk semua pelajar sekolah.
JOHAN RUMAH MERAH (652 mata)
Naib JohanRUMAH KUNING (640 mata)
Tempat ke-3RUMAH HIJAU (600 mata)
Tempat ke-4 RUMAH BIRU (526 mata)