Sejarah Nama Mukim Kurong Hitam

          Bila disebut sahaja nama Kurong Hitam,kita akan bertanya bagaimanakah nama ini ditimbulkan dan siapakah yang memberikan nama tersebut? Nama ini jika didefinasikan secara ilmiah maka ianya bermaksud kawasan perintah berkurung atau kawasan yang terhad dengan kuasa-kuasa tertentu.Namun,sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

         Sejarah Kurong Hitam bermula pada zaman dahulu kala apabila terdapat sebuah keluarga iaitu keluarga Pak Malim datang dan menetap di sini.Kerja Pak Malim ialah membuat parang golok dan sebagainya.Kerja menempa besi ini memudahkan orang ramai untuk membuat berbagai-bagai senjata untuk kegunaan seharian.Tempat membuat pembakar besi ini dipanggil kerong iaitu alor untuk menghembus api.Apabila kerong itu terlalu kerap digunakan, maka banyaklah tanah di sekitar bangsal membuat besi ini menjadi hitam legam.

             Anehnya,kawasan tanah htam ini tidak terlalu banyak tetapi yang cantiknya tanah yang kehitam-hitaman ini dikelilingi oleh satu struktur tanah putih bagaikan dibentuk oleh tangan manusia.Keadaan tanah ini masih boleh dilihat di Kampung Dalam,Mukim Kurong Hitam.

             Kini terdapat 12 buah kampung yang terdapat di dalam Mukim Kurong Hitam iaitu Kampung Dalam, Kampung Perik, Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Kubang Daksa, Kampung Belukar, Kampung Bukit, Kampung Padang Balai, Kampung Kubu, Kampung Kubang Lintah, Kampung Malau, Kampung Lubuk Ipoh dan Kampung Kubang Jambu.Kesemua kampung ini diterajui oleh satu penghulu mukim.

          

%d bloggers like this: