Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-25

Pada 25 /3 /2010 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam .

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Omar bin Man iaitu Pegawai Penyelia Kanan Pembangunan dan Bekalan dari Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap,Kedah Darul Aman.

Sesi Mesyuarat Agung PIBG diteruskan apabila Setiausaha PIBG bagi sesi 2008/2010 membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu untuk diterima dan disahkan. Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh Pn Normah binti Abd Hamid dan disokong oleh Pn Irlinda binti Mohd Ghani.Antara perkara yang dibentang semasa mesyuarat tersebut ialah Laporan Aktiviti PIBG 2008/2010 seperti memberikan sumbangan kepada atlit,jamuan perpisahan serta anugerah.Selain itu,pada Mesyuarat Agung ini juga tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 ini juga telah melantik Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2010/2012

YDP : En Mat Jelani bin Endut

NYDP : En Md Lani bin Ahmad

Setiausaha : Pn Bashirah binti Mohd Saad

Bendahari : Cik Faudziah binti Ibrahim

AJK : 1) Ibrahim bin Mohd Isa

            2) Mohd Fauzi bin Halim

            3) Ismail bin Ahmad

            4) Ust Roslee bin Lajis

            5) Ust Abd Halim bin Ismail

            6) En Burhan bin Hassan

            7) En Samsuddin bin Salleh

            8) Pn Sham bin Saad

            9) Pn Siti Aisyah binti Abdullah

           10) Pn Che Ah binti Hassan

Pemeriksa Kira-kira : 1) Pn Che Rosnaini binti Hamid

                                            2) Zulkifli bin Kadir

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 ini ditangguhkan pada jam 6.15petang.