Minggu ICT MAC 2010

Pada 21 – 31 Mac 2010 yang lalu telah diadakan Minggu ICT.Tujuan Minggu ICT ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan pelajar mengenai ICT.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Minggu ICT ialah

  • Peraduan Mewarna untuk pelajar pra-sekolah dan tahun1
  • Peraduan Sama Tapi Tak Serupa  untuk pelajar tahun 2 dan tahun 3
  • Peraduan Teka Silang Kata ICT untuk pelajar tahun 4 dan tahun 5.

Berikut adalah pemenang yang berjaya bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Peraduan Mewarna – Pra Sekolah

Tempat Pertama – Mijwad bin Ismail

Tempat ke-2 – Lya Batrisya

Tempat ke-3 – Muhammad Hamzi

Peradua Mewarna – Tahun 1

Tempat Pertama – Irfa Nabila binti Azizan

Tempat ke-2 – Muhd Syafiq bin Abdul Aziz

Tempat ke-3 – Nur Syafinie binti Sharudin

Peraduan Sama Tapi Tak Serupa – Tahun 2

Tempat Pertama – Amirul Idham

Tempat ke-2 – Mohamad Azim bin Bahadun

Tempat ke-3 – Nur Syafrina binti Mustaffa

Peraduan Sama Tapi Tak Serupa – Tahun 3

Tempat Pertama – Muhd Nasharul Elyas Omar bin Nasir

Tempat ke-2 – Muhd Nur Ikhmal bin Noralam

Tempat ke-3 – Zaiti Zafirah binti Md Sauti

Peraduan Teka SilangKata ICT tahap 2

Tempat Pertama – Nurin Azzyyati binti Ruslan

Tempat ke-2 – Nur Alissa Syamimi binti Rosdi

Tempat ke-3 – Nur Iffah Farzana binti Ismail

Tahniah kepada semua pemenang,yang tidak berjaya cuba lagi di masa hadapan.

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-25

Pada 25 /3 /2010 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam .

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Omar bin Man iaitu Pegawai Penyelia Kanan Pembangunan dan Bekalan dari Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap,Kedah Darul Aman.

Sesi Mesyuarat Agung PIBG diteruskan apabila Setiausaha PIBG bagi sesi 2008/2010 membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu untuk diterima dan disahkan. Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh Pn Normah binti Abd Hamid dan disokong oleh Pn Irlinda binti Mohd Ghani.Antara perkara yang dibentang semasa mesyuarat tersebut ialah Laporan Aktiviti PIBG 2008/2010 seperti memberikan sumbangan kepada atlit,jamuan perpisahan serta anugerah.Selain itu,pada Mesyuarat Agung ini juga tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 ini juga telah melantik Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2010/2012

YDP : En Mat Jelani bin Endut

NYDP : En Md Lani bin Ahmad

Setiausaha : Pn Bashirah binti Mohd Saad

Bendahari : Cik Faudziah binti Ibrahim

AJK : 1) Ibrahim bin Mohd Isa

            2) Mohd Fauzi bin Halim

            3) Ismail bin Ahmad

            4) Ust Roslee bin Lajis

            5) Ust Abd Halim bin Ismail

            6) En Burhan bin Hassan

            7) En Samsuddin bin Salleh

            8) Pn Sham bin Saad

            9) Pn Siti Aisyah binti Abdullah

           10) Pn Che Ah binti Hassan

Pemeriksa Kira-kira : 1) Pn Che Rosnaini binti Hamid

                                            2) Zulkifli bin Kadir

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 ini ditangguhkan pada jam 6.15petang.

Pendidikan prasekolah penting

Sumber : Utusan Malaysia Online

KUCHING 25 Mac – Pendidikan prasekolah sangat penting untuk memupuk dan meningkatkan keyakinan diri anak-anak bagi mencapai kecemerlangan pada masa depan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pendidikan awal itu juga dilihat sebagai landasan terbaik bagi meningkatkan kemahiran sosial, fizikal dan emosi dalam menentukan hala tuju seseorang.

Menurutnya, kesemua aspek itu harus diberi perhatian sebelum mereka memasuki alam persekolahan formal.

“Adalah penting untuk menghantar anak-anak mendapatkan pendidikan awal kerana ia juga mampu memupuk perpaduan sejajar dengan gagasan 1Malaysia.

“Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada mereka untuk meneruskan pendidikan dan ibu bapa tidak boleh leka sebaliknya harus melengkapkan anak-anak dengan pendidikan sejak di peringkat awal,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata demikian ketika berucap sempena lawatannya ke Tadika Sinaran Jalan Astana di sini semalam.

Dalam pada itu, Daud memberitahu, pihak pengurusan sesebuah tadika perlu menyediakan pendidikan yang berkualiti agar anak-anak tidak menghadapi kesukaran apabila memasuki alam persekolahan sebenar.

Katanya, memang tidak dinafikan bahawa tadika-tadika yang ada di negeri ini menyediakan pendidikan yang bertaraf tinggi dan berkualiti, namun mereka perlu mempersiapkan malah mengukuhkan ketahanan fizikal serta mental anak-anak ini.

“Usaha tadika seumpama itu perlu diteruskan agar anak-anak tidak menghadapi sebarang kesulitan untuk meneruskan pelajaran pada peringkat lebih tinggi,” ujarnya.